Apa itu Centralised Distribution?
Last updated
Was this helpful?
Last updated
Was this helpful?
Mengurus dan menjual merentasi pelbagai platform e-dagang: Centralised Distribution menyediakan Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) dengan platform atas talian yang mesra pengguna untuk mengurus dan menjual produk merentasi pelbagai variasi platform e-dagang seperti Shopee, Lazada, dan pelbagai lagi termasuk saluran media sosial dan juga kedai runcit luar talian. Fungsi ini membenarkan peniaga untuk mencapai pelanggan dengan lebih luas dan meningkatkan potensi jualan.
Proses Integrasi yang Mudah: Khidmat ini menyediakan proses integrasi yang mudah dan lancar, menjadikan peniaga mudah untuk hubungkan perniagaan atas talian mereka dan platform pasaran tempatan. Aplikasi ini menguruskan keseluruhan proses persediaan termasuk senarai produk, harga, permintaan pesanan, dan membolehkan PKS untuk menjual produk mereka dengan segera.
Menyegerakkan Data Masa-Nyata: Centralised Distribution menawarkan penyegerakkan data masa-nyata antara platform berintegrasi, memastikan yang informasi produk, tahap stok, dan harga sentiasa dikemaskini. Ciri ini mengecilkan kesalahan dan membantu peniaga untuk menguruskan jualan mereka dengan cekap.
Pengurusan Pesanan yang Lancar: Perkhidmatan ini menyelaraskan proses pengurusan pesanan dengan menyediakan papan pemuka Centralised Distributon yang membenarkan peniaga untuk jejak dan uruskan kesemua pesanan mereka merentasi pelbagai pasaran tempatan dalam masa-nyata. Ciri ini menijimatkan masa dan tenaga serta memastikan pesanan dipenuhi dengan cepat dan tepat.
Pengurusan Inventori dengan Jejak Masa-Nyata dan Amaran Stok Rendah : Centralised Distribution termasuk dalam ciri pengurusan yang menjejak tahap stok produk merentasi semua platform integrasi, menyediakan paparan masa-nyata tahap stok apabila rendah, membenarkan peniaga untuk menambah stok inventori secara aktif dan mengelakkan perniagaan daripada kehabisan stok.
Prestasi Analitik secara Mendalam: Perkhidmatan ini menyediakan prestasi analitik daripada pelbagai pasaran tempatan, membolehkan peniaga untuk memperoleh pandangan tentang prestasi jualan mereka, sikap pelanggan, dan juga metrik kritikal. Data ini membantu peniaga untuk membuat keputusan dan mengoptimumkan stategi jualan.