Centralised Distribution
Last updated
Was this helpful?
Last updated
Was this helpful?
Menguruskan dan Menjual Merentasi Pelbagai Platform E-dagang: Centralised Distribution menyediakan Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) dengan platform dalam talian yang mesra pengguna bagi menjual produk mereka merentasi pelbagai platform e-dagang seperti Shopee, Lazada, dan pelbagai platform yang akan datang begitu juga saluran media sosial dan kedai runcit luar talian. Fungsi ini membenarkan perniagaan anda untuk mencapai pangkalan pelanggan yang lebih luas dan meningkatkan potensi jualan.
Memudahkan Proses Integrasi: Perkhidmatan ini menyediakan proses integrasi yang ringkas dan lancar, menjadikan ianya mudah untuk menghubungkan perniagaan dalam talian dan pasaran dengan platform ini. Aplikasi ini mengendalikan keseluruhan proses persediaan termasuk senarai produk, harga, dan permintaan pesanan, yang membenarkan PKS untuk mula menjual produk mereka serta-merta.
Menyegerakkan Data Masa-Nyata: Centralised Distribution menawarkan penyelerasan data antara semua platform integrasi, memastikan informasi produk, tahap stok, dan harga sentiasa dikemaskini. Fungsi ini mengurangkan kesalahan dan membantu peniaga menguruskan jualan mereka dengan lebih cekap.
Pengurusan Pesanan yang Lancar: Perkhidmatan ini menyelaraskan proses pengurusan pesanan dengan menyediakan pemusat papan pemuka yang membenarkan peniaga untuk menjejaki dan menguruskan kesemua pesanan merentasi pelbagai pasaran dalam masa-nyata. Ciri ini menjimatkan masa dan tenaga untuk memastikan pesanan dapat dipenuhi dengan cepat dan tepat.
Pengurusan Inventori dengan Menjejaki Masa-Nyata dan Amaran Stok Rendah: Centralised Distribution termasuk dalam ciri pengurusan inventori yang menjejaki tahap stok produk merentasi kesemua platform integrasi, menyediakan tahap stok masa-nyata. Aplikasi ini juga menghantar notifikasi apabila tahap stok telah rendah, membenarkan peniaga untuk menambah stok inventori mereka secara pro-aktif dan mengelakkan kehabisan stok.
Analisis Prestasi dengan Mendalam: Perkhidmatan ini menyediakan analisis prestasi secara mendalam daripada semua pasaran, membenarkan peniaga untuk mendapat pemahaman yang bernilai tentang prestasi jualan, sikap pelanggan, dan metrik kritikal yang lain. Data ini dapat membantu peniaga untuk membuat keputusan dan mengoptimasikan strategi jualan mereka.