Sahkan Pesanan di Lazada
Last updated
Was this helpful?
Last updated
Was this helpful?
Pesanan daripada Lazada telah disegerakkan ke Centralised Distribution dan status pesanan adalah Pending.
Proses pengesahan bagi pesanan Lazada di Centralised Distribution memerlukan 5 langkah ini:
Pilih pesanan
Mulakan proses pengesahan
Bungkus pesanan
Sahkan pesanan
Cetak Waybill
Tekan pada baris di senarai pesanan yang mengandungi pesanan yang anda mahu sahkan untuk pergi ke halaman butiran pesanan.
Selepas anda sahkan semua informasi adalah tepat, tekan pada butang Confirm (simbol anak panah atas) bagi memulakan proses pengesahan.
Lazada akan meminta penjual untuk membungkus pesanan pelanggan terlebih dahulu untuk menetapkan status penghantaran sebagai sedia untuk dihantar. Anda boleh tekan pada butang Pack pada papan amaran untuk sahkan bahawa bungkusan telah selesai dan kini sedia untuk dihantar.
Selepas pesanan telah berjaya dibungkus, tekan butang Confirm untuk sahkan dengan Lazada yang pesanan anda kini telah sedia untuk dihantar.
Ini adalah nasihat untuk anda supaya anda mencetak Waybill sebaik sahaja selepas anda sahkan pesanan kepada sedia untuk dihantar oleh kerana pihak penghantaran Lazada memerlukan kertas kerja ini.
Selepas pesanan disahkan, tekan pada butang Print Waybill untuk mencetak dokumen ini.
Senarai pesanan dan panduan untuk mencetak Waybill boleh dijumpai di:
Anda boleh menyemak hasil anda di Pusat Penjual Lazada untuk memastikan pesanan anda telah diproses dengan betul seperti yang dinyatakan di Centralised Distribution.