Tambah Produk

Pra-syarat

Untuk melihat butiran produk daripada platform yang berlainan, anda haruslah mengintegrasikan sekurang-kurangnya satu platform yang mengandungi produk. Bagi arahan untuk mengintegrasikan dan segerakkan produk daripada platform e-dagang/ saluran jualan, sila pergi ke :

Saluran Jualanchevron-right

Tambah produk ke Centralised Distribution

Prosedur menambah produk ke Centralised Distribution membenarkan anda untuk menyegerakkan produk yang baru ditambah ke platform yang berlainan seperti Shopee, Lazada tanpa perlu log masuk secara berasingan ke dalam sistem

Langkah-langkah berikut adalah cara untuk menambah produk:

  • Langkah 1: Mulakan proses penambahan

  • Langkah 2: Isikan maklumat untuk halaman informasi umum

  • Langkah 3: Pindah pada halaman butiran informasi

  • Langkah 4: Isi maklumat yang diperlukan di Lazada (sekiranya produk dipilih untuk ditambah ke Lazada)

  • Langkah 5: Isi maklumat yang diperlukan di Shopee (sekiranya produk dipilih untuk ditambah ke Shopee)

  • Langkah 6: Isi maklumat yang diperlukan di Centralised POS (sekiranya produk dipilih untuk ditambah ke Centralised POS)

  • Langkah 7: Isi maklumat yang diperlukan di Web Store (sekiranya produk dipilih untuk ditambah ke Web Store)

  • Langkah 8: Semak semula keseluruhan informasi

  • Langkah 9: Sahkan muat naik ke paltform e-dagang yang dipilih

  • Langkah 10: Semak hasil anda

Langkah 1: Tekan butang Add product

Tekan butang Add product diatas kanan skrin. Apabila menekan butang tersebut, anda dikehendaki untuk memasukkan semua informasi yang diperlukan.

Langkah 2: Isi informasi yang diperlukan pada halaman informasi umum

Adalah penting untuk anda mengisi semua informasi yang diperlukan. Ia bukan sahaja diperlukan di dalam sistem Centralised Distribution malah ia akan diintegrasikan kepada platform lain untuk menjayakan proses penyegerakkan.

Informasi yang diperlukan adalah termasuk:

  • Pilih saluran muat naik

  • Nama produk

circle-info

Pada masa ini, produk di TikTok Shop tidak dibenarkan menggunakan aksara Cina. Disyorkan: Panjang nama produk 40 aksara atau lebih, dan nama produk harus merangkumi [jenama] + [kandungan] + [jenis produk] + [fungsi utama/ciri-ciri].

circle-info

Disarankan untuk menyatakan penerangan sekurang-kurangnya 500 aksara panjang.

  • Butiran produk/penerangan

circle-info

Adalah disarankan untuk memasukkan sekurang-kurangnya 5 imej untuk mewakili produk anda dengan secukupnya.

  • Gambar Produk (minimum 1 gambar)

circle-info

Pengiraan kos penghantaran adalah berdasarkan berat sebenar atau berat isipadu, mana yang lebih tinggi. Anggaran kos penghantaran produk dikira berdasarkan dimensi dan lokasi pembeli serta penjual.

  • Pembungkusan produk/dimensi

  • Kos produk (pilihan): Harga asal produk apabila memasuki gudang.

  • Harga produk: Nyatakan harga produk yang akan dipaparkan kepada pelanggan anda.

  • Harga diskaun (pilihan): Harga istimewa hanya tersedia di saluran Lazada - Harga istimewa mesti sekurang-kurangnya 50% lebih tinggi daripada kos produk dan lebih rendah daripada harga produk biasa.

  • Stok produk: Pastikan ia tepat dengan kuantiti sebenar produk anda.

  • SKU Produk: Tetapkan kod SKU anda untuk memudahkan pengurusan produk.

circle-info

Disarankan agar SKU termasuk maklumat berikut: jenis produk, pengeluar, bahan, saiz, warna, ID pakej, dan ID jaminan (MNDGF12345).

  • Pengurusan Centralised Distribution

Ciri Distribution digunakan untuk mengurus maklumat produk dengan mudah seperti Kumpulan SKU: mengumpulkan produk menjadi 1 SKU untuk memudahkan pencarian dan pengurusan, Stok Rendah: membantu mengurus produk yang hampir habis stok. (Ciri masih dalam pembangunan)

Sekiranya anda tidak mahir dengan sistem ini lagi, anda boleh pilih untuk membiarkan ianya kosong

Untuk lebih informasi berkenaan bagaimana dan apa yang perlu dimasukkan, sila lawat ke:

Pengurusan SKUchevron-rightPengurusan Stok Rendahchevron-right

Langkah 3: Tekan Next untuk memproses tab butiran informasi

Didalam butiran tab, anda perlu mengambil tindakan yang diperlukan bagi setiap platform.

Langkah 4: Isikan keperluan Lazada (pilihan)

Sekiranya anda ingin memuat naik produk ke saluran Lazada maka langkah ini adalah wajib untuk dilakukan.

  • Pilih kategori produk yang anda mahu muat naik dan tekan Confirm.

  • Sekiranya produk anda sedia ada dalam pelbagai jenis variasi, anda boleh masukkan informasi variasi barangan anda juga. Langkah ini adalah pilihan sekiranya produk anda tiada variasi, anda boleh langkau tindakan ini.

  • Anda diperlukan untuk pilih jenama bagi produk anda (pilihan No Brand tersedia sekiranya barangan anda tiada jenama)

Langkah 5: Isikan keperluan Shopee (pilihan)

Sekiranya anda ingin memuat naik produk anda ke saluran Shopee maka langkah ini adalah wajib untuk anda lakukan.

  • Pilih kategori produk yang anda mahu muat naik dan tekan Confirm.

  • Sekiranya produk anda sedia ada dalam pelbagai jenis variasi, anda boleh masukkan informasi variasi barangan anda juga. Langkah ini adalah pilihan sekiranya produk anda tiada variasi, anda boleh langkau tindakan ini.

  • Anda diperlukan untuk pilih jenama bagi produk anda (pilihan No Brand tersedia sekiranya barangan anda tiada jenama).

  • Shopee memerlukan anda untuk pilih pembekal penghantaran, kutipan sendiri, atau penghantaran standard sebagai pilihan lalai.

Langkah 6: Isikan keperluan Centralised POS (pilihan)

Sekiranya anda ingin memuat naik produk ke saluran Centralised POS maka langkah ini adalah wajib untuk anda lakukan.

  • Pilih kategori produk yang anda mahu muat naik dan tekan Confirm.

circle-exclamation
circle-info

Buat masa sekarang Centralised Distribution tidak menyokong tindakan untuk memuat naik/segerakkan produk dengan pelbagai variasi ke dalam Centralised POS lagi.

  • Sekiranya terdapat pilihan untuk anda pilih pembekal bagi produk anda dan anda boleh tinggalkan pilihan ini kosong.

Langkah 7: Isikan keperluan Web Store

Sekiranya anda ingin memuat naik produk ke saluran Web Store kemudian langkah ini adalah wajib untuk anda lakukan.

  • Pilih kategori produk yang anda mahu muat naik dan tekan Confirm.

  • Sekiranya produk anda sedia ada dalam pelbagai jenis variasi, anda boleh masukkan informasi variasi barangan anda juga. Langkah ini adalah pilihan sekiranya produk anda tiada variasi, anda boleh langkau tindakan ini.

  • Web Store memerlukan anda untuk memaparkan setiap gambar bagi setiap variasi. Oleh itu, anda perlu memuat naik sekurang-kurangnya satu gambari bagi SETIAP variasi.

  • Anda juga diperlukan untuk memilih jenama bagi produk anda (Sila cipta No Brand di sistem Web Store kerana pilihan bagi No Brand tidak ada bagi produk anda).

Langkah 8: Isikan input yang diperlukan TikTok Shop

Jika anda ingin memuat naik produk anda ke saluran TikTok Shop maka langkah ini adalah wajib

  • Pilih TikTok Shop yang anda ingin muat naik produk (jika anda mempunyai banyak TikTok Shop yang disambungkan pada Distribution).

  • Pilih kategori produk yang anda ingin muat naik dan klik Confirm.

circle-info

Kategori produk boleh menjejaskan keupayaan SEO produk, memilih kategori yang betul membantu produk anda terjual dengan lebih baik.

  • Jika kategori anda menyokong pilihan COD, anda boleh memilihnya. Jika kategori yang dipilih tidak menyokongnya, pilihan tersebut akan dinyahkan.

Semak pada penciptaan variasi jika produk tersedia dalam banyak variasi (Tambahkan nama variasi dan nilai variasi (contohnya Warna: biru, merah,…; saiz: XL, L, M,…)).

  • Pada maklumat jualan, anda boleh menetapkan 1 demi 1 atau sahkan untuk semua varian dengan mengklik butang "Apply all".

  • Akhir sekali, anda perlu memasukkan atribut yang diperlukan jika kategori produk pilihan anda memerlukannya. Selesaikan dengan mengklik butang sahkan.

Langkah 9: Semak keseluruhan informasi sebelum tambah dan segerakkan produk kepada platform yang dipilih

Tekan butang Next untuk anda teruskan dibahagian semakan informasi dimana anda disediakan dengan ringkasan yang akan dimuat naik bagi setiap platform.

Ringkasan Muat Naik Produk (1/4)
Ringkasan Muat Naik Produk (2/4)
Ringkasan Muat Naik Produk (3/4)
Ringkasan Muat Naik Produk (4/4)

Langkah 10: Muat naik produk ke platform e-dagang

Tekan butang Upload di bawah kanan untuk meneruskan proses muat naik. Tekan Confirm pada tanda papan amaran.

circle-info

Ini akan mengambil masa selama beberapa minit untuk sistem Centralised Distribution memuat naik/segerakkan produk ke semua platform.

Langkah 11: Semak hasil anda

Anda dinasihatkan supaya anda sentiasa pastikan bahawa anda pasti tiada sebarang kesilapan yang berlaku sepanjang proses muat naik.

Halaman senarai produk di Shopee
Halaman senarai produk di Lazada
Halaman senarai produk di Web Store
Halaman senarai produk di Centralised POS
Status muat naik produk di Centralised Distribution

Last updated