Integrasikan Shopee

Proses mengintegrasi

Langkah 1: Pilih Shopee daripada senarai platform

Tekan pada butang Add store di sebelah kanan dan pilih Shopee dalam senarai.

Langkah 2: Isikan butiran akaun penjual anda

Langkah 3: Sahkan dan benarkan akses

Tekan Confirm Authorisation untuk membenarkan sistem Centralised Distribution untuk mengakses sistem Shopee. Anda akan terima mesej untuk dimaklumkan tentang status operasi sama ada berjaya/gagal.

circle-info

Sekiranya saluran jualan berjaya ditambah tetapi tidak aktif secara automatik, anda boleh mengaktifkan saluran jualan secara manual dengan tekan butang aktif/nyahaktif.

circle-exclamation

Langkah 4: Sunting nama saluran jualan (pilihan)

Untuk menyunting nama saluran jualan bagi tujuan rujukan sendiri, tekan butang sunting (simbol pen) pada kad yang mengandungi saluran yang baru ditambah. Tekan Confirm (butang tanda hijau) untuk mengesahkan perubahan.

circle-info

Selepas selesai semua langkah diatas, platform integrasi/saluran jualan yang telah berjaya diintegrasikan akan mula segerakkan semua informasi yang berkaitan dengan produk dan pesanan ke sistem Centralised Distribution. Proses ini akan mengambil masa hingga beberapa minit/jam untuk diselesaikan.

Last updated