Produk dan Pesanan
Adakah Centralised POS mempunyai fungsi untuk menambah stok dari pembekal?
Ya. Apabila seorang pembekal membekalkan stok kepada anda, anda boleh mengesannya dengan menekan Stock management > Import product.
Di sini, anda boleh membuat invois import dan memilih produk yang dibekalkan oleh pembekal.
Adakah Centralised POS mempunyai ciri untuk menerima produk pulangan / pemulangan wang daripada pelanggan?
Ya. Anda boleh menjana invois pemulangan jika pelanggan meminta untuk mendapatkan pemulangan wang.
Pergi ke butang POS oren dan tekan Return Items di bahagian atas. Cari ID invois dan pilih Return.
Pilih produk yang pelanggan ingin pulangkan dan pilih Complete. Invois pemulangan akan dijana dan tersenarai di tab Invoice management.
Bagaimana saya memulangkan produk?
Terdapat dua jenis invois pemulangan yang boleh dijana di Centralised POS: i- Pelanggan yang ingin memulangkan barang yang dibeliPergi ke butang POS oren dan tekan Return Items dibahagian atas. Cari ID invois dan pilih Return. Pilih produk yang pelanggan ingin pulangkan dan pilih Complete. ii- Peniaga ingin memulangkan barangan yang diimport daripada pembekal. Pergi ke Stock management>Import product. Pilih invois import dan tekan Return product. Pilih produk yang anda ingin pulangkan ke pembekal. Kemudian, tekan Complete.
Last updated
Was this helpful?