Halaman penjejak pesanan yang tipikal akan memaparkan status semasa pesanan, seperti "Pending", "Shipped", atau "Delivered". Ia juga termasuk nombor penjejak dan pautan ke laman web rakan penghantaran, di mana pelanggan boleh menjejaki bungkusan mereka secara langsung.
Selain menjejaki status pesanan mereka, pelanggan juga dapat melihat butiran penting lain di halaman penjejak pesanan, seperti jangkaan tarikh penghantaran, alamat penghantaran, dan barangan yang terdapat dalam pesanan.
Halaman penjejak pesanan adalah bahagian penting bagi pengalaman pelanggan kerana ia membolehkan pelanggan sentiasa dimaklumkan tentang status pesanan mereka dan memberi mereka keyakinan bahawa bungkusan mereka sedang dalam proses penghantaran. Dengan menyediakan antaramuka penjejak yang jelas dan mudah, perniagaan e-dagang dapat meningkatkan kepuasan pelanggan dan mengurangkan bilangan pertanyaan pelanggan yang berkaitan dengan status pesanan.
1. Navigasi
Akses daripada menu Web builder
Anda boleh mengembangkan tab menu Web builder yang terletak dibahagian kiri dan pilih bahagian Page > Order tracking.
Ciri-ciri
Anda akan dapat mengubah konfigurasi berikut bagi halaman penjejak pesanan.