Susunan Produk

Ciri yang membolehkan pengguna menyusun produk yang disenaraikan pada sesuatu halaman.

Apakah fungsi susunan produk?

Fungsi susunan produk pada laman sesawang e-dagang adalah ciri yang membolehkan pengguna menyusun produk yang disenaraikan pada halaman tertentu mengikut kriteria tertentu, seperti harga, populariti, produk terbaharu, dan banyak lagi. Fungsi ini biasanya terletak berdekatan dengan fungsi penapis produk pada halaman senarai produk atau kategori.

Langkah 1: Tekan butang Edit

Untuk mula menetapkan susunan produk, tekan butang Edit (simbol pen) pada tag komponen yang berkaitan.

Langkah 2: Isi informasi yang diperlukan

Anda boleh tetapkan jumlah barangan bagi setiap halaman dan pilih untuk paparkan mana-mana kriteria tertentu yang boleh digunakan untuk fungi susunan produk.

Langkah 3: Sahkan pilihan anda

Tekan butang Add untuk menyelesaikan proses penetapan.

Last updated

Was this helpful?