Asas

Bolehkah peniaga memindahkan senarai produk sedia ada ke sistem POS?

Ya. Anda boleh import data produk ke Centralised POS dengan beberapa langkah mudah.

Pergi ke Product > Import from Excel > Download the Sample File.

Isi data produk mengikut fail sampel. Anda perlu muatnaiknya semula. Setelah selesai, produk akan dipaparkan di Centralised POS.

Adakah Centralised POS dilengkapi dengan tablet, mesin tunai, dan terminal kad debit?

Centralised POS adalah sistem POS berasaskan awan yang mudah alih. Selagi anda mempunyai peranti dan akses ke internet, anda boleh menggunakannya pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Namun, ia tidak dilengkapi dengan tablet, mesin tunai atau terminal kad debit. Penjual perlu mendapatkan terminal pembayaran mereka sendiri untuk membolehkan pembayaran kad debit/kredit.

Bolehkah Centralised POS dihubungkan dengan pengimbas barkod?

Ya, anda boleh. Pergi ke Settings > Store settings > Features dan tandakan Barcode.

Berapa banyak kedai/cawangan yang boleh menggunakan Centralised POS yang sama?

Tidak ada had bagi penambahan kedai/cawangan. Anda boleh tambah sebanyak mana kedai/cawangan yang anda mahukan.

Adakah terdapat had bilangan kakitangan/pengurus yang boleh mengakses Centralised POS?

Tiada, tiada had. Anda boleh menambah seberapa ramai kakitangan atau pengurus yang anda mahu untuk mengakses Centralised POS.

Last updated

Was this helpful?